23 August 2009

WWE

Sampai je rumah tadi..aku tengok adik aku tengah kusyuk tengok WWE..kebetulan baru mula rancangan tu..aku bukan peminat tegar wrestling tapi setakat tahu jela beberapa nama famous pelakon2 WWE ni...

Kebetulan jugak yang menjadi nostalgia bagi aku adalah kemunculan semula team De Generation X yang satu ketika dulu agak famous..masa tu aku baru tingkatan 2 kalau tak silap aku..waktu tu ada 4 ahli dalam team ni, Triple H, Shawn Micheal, X Pac dengan sape tah lagi sorang tapi tadi yang keluar 2 orang..Triple H dengan Shawn Micheal..yang pastinya kemunculan diorang kali ni dalam situasi yang berbeza..situasi dah tua..

Kemunculan diorang tadi jugak menyebabkan aku terfikir, aku pun dah makin dewasa..dah makin tua..dah tiba masanya aku menjalankan sehabis baik tugas sebagai anak sulung dalam family...

Bila fikirkan mak yang kerap sakit2 kebelakangan ni, aku jadi risau, macamana nanti kalau aku ditempatkan di sekolah yang agak jauh dari family..hari2 aku berdoa semoga aku ditempatkan di sekolah yang dekat dengan rumah..macam aku praktikal dulu..

Aku juga masih menimbang2 ingin terus mengajar di Uniti kalau aku ditempatkan di sekolah yang jauh dari rumah...

Bercakap pasal Uniti..aku semakin selesa mengajar di kolej ni..dan aku juga menimbang2 ingin menyambung belajar ke peringkat seterusnya dalam bidang akaun dan business mathematics..kalau ada rezeki dan kemampuan...

p/s : aku cuba mengaplikasikan kaedah mengajar Math kepada student dengan kehidupan seharian..jadi, aku cuba aplikasikan entry WWE dengan kenangan lalu......erk??apa aku taip ni??...

p/s 2 : peace!

22 August 2009

PUASA......MAAF

Tahun ni aku puasa di rumah..Alhamdulillah...dah lama tak sahur sama2 dengan family semua..

Bila puasa kat rumah ni, teringat pulak puasa di kampus tahun2 lepas...

Teringat pulak petang2 menjelang bukak puasa, berbondong2 la aku dan kawan2 pergi beli juadah buka puasa di kolej kediaman sebelah yang anjurkan bazar ramadhan...

Teringat juga waktu pembentangan menifesto MPP yang jugak dilakukan di bulan puasa..

Teringat juga dapat sms ugutan sebab menyokong calon2 tertentu dalam MPP..

Teringat pulak malam tu tarawikh di foyer bawah kolej walaupun tak pernah penuh solat tarawikh...

Teringat jugak seorang roomate yang sangat2 memahami.....begini...

Prof panggilan roomate aku ni....satu hari pada malam selepas selesai solat tarawikh...

Kawan A : Helmi mana prof??tak nampak pun tadi..

Prof : dia pergi solat tarawikh kat masjid...

Selepas sesi dialog tu...dekat2 nak tengah malam..aku terjumpa kawan A aku ni...

Kawan A : Ko solat kat mane?kat masjid tanjung malim ke kat masjid hulu bernam??prof bagitau
ko solat kat masjid..masjid hulu bernam panjang kan?..20 rakaat kan??

Aku : aaaaaaaa?????(blur....)

Aku pun cepat2 pergi..lepas tu aku cari prof..dalam hati tak tau rasa ape..terharu ada pelik pun ada...

Sebenarnya lepas maghrib tu, aku tertido..prof x silap aku waktu tu dia nak baca Quran..tapi disebabkan aku mengantuk plus letih yg amat..die tutup lampu dan pasang lampu meja je..memang ada dia ajak pergi tarawikh tapi disebabkan mengantuk sangat, terus sambung tido sampai tengah malam..

Dah jumpa prof, aku pun tanya...

Aku : napa prof bagitau diorg sy pegi masjid??kan sy tido td...

Prof : saje........

Apa pun, aku tau..prof memahami dan seboleh2nya nak bantu nak tutup keburukan aku ni..(hehe)..

Pernah sekali tu..aku tido2 ayam..tido tapi dalam masa yang sama ligat berfikir..ada sorang kawan datang bilik dan prof terus cakap.."helmi baru tido..jangan kacau dia..."..bukan dalam nada marah tapi dalam nada perlahan...tapi aku dengar...

Susah nak dapat roomate yang faham ni.. tapi alhamdulillah..sepanjang 4 tahun pengajian..semua roomate dan housemate aku bagus2 belaka..alim2..warak2...hebat2 semuanya..

p/s : ni bukan entry pasal prof..ni pasal kenangan2 dibulan ramadhan..

p/s : mintak maaf pada semua di atas salah dan silap sepanjang perkenalan..selamat menyambut
ramadhan dan selamat puasa penuh..




19 August 2009

KESAL......MENYESAL....DAH BERLALU...

13 Ogos 2009

Aku berjaya bergraduat dengan tahap kepujian yang biasa sahaja...

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia.....

Mungkin kali terakhir berjumpa dengan rakan2 sepengajian...

..................................................
2 Julai 2005.....

Tarikh dimana aku mula2 menjejakkan kaki ke UPSI yakni universiti yang menjadi pilihan emak aku. Asalnya aku sangat2 berhajat ingin belajar di UKM tapi atas saranan emak, UPSI menjadi pilihan hati seterusnya menyebabkan aku terjebak dalam dunia pendidikan..

Jujurnya, aku tak pernah terfikir langsung untuk terlibat dalam bidang pendidikan ini ..dan sejujurnya bila ditanya cita2 aku semasa zaman sekolah dulu, aku terus katakan yang aku ingin menjadi Akauntan walaupun aku tak tahu apa tugas sebenar Akauntan..yang pasti Akauntan melibatkan duit...Ya!..aku suka duit...(duit bukan segala2nya tapi segala2nya memerlukan duit)..

Berbekal dengan keputusan di Matrikulasi Melaka dan minat yang biasa sahaja dalam bidang Matematik, pendidikan matematik menjadi pilihan aku dan emak..
...........................................

3 Julai 2005

Bermula sesi orientasi di UPSI.sebelum tu,antara individu pertama yang aku kenal ada kawan2 serumahku..(siddik, caom, mil, zul, syam, abe zul, hamid)...meriahnya rumah kami sebab kesemua kami adalah daripada pelbagai course...

Di dewan SITC tempat aku memulakan orientasi, di dewan ini jugaklah aku bergraduat...individu seterusnya yang aku kenal adalah Afifi, kawan satu kursus..kalau tengok dari riak wajah dan air muka, afifi boleh dikategorikan sebagai sombong tapi kalau dah kenal, aku boleh bercerita pelbagai benda termasuklah rahsia2 peribadi dengan dia...
Cukup sampai sini untuk permulaan...
...........................................

2005 - 2009

kalau nak diikutkan, banyak benda yang kesalkan kalau aku fikir2 balik..banyak yang aku hilang..banyak jugak yang aku dapat...contohnya..kawan dan hubungan antara kawan

Apa pun, aku berdoa semoga kalian semua berjaya......!


p/s : kesal....ada kawan yang dah tak jadi kawan.....

SISI GELAP

Aku percaya setiap orang ada sisi gelap masing2..cuma mahu didedahkan atau tidak, terpulang pada kita..

Jujur aku katakan, aku memang hipokrit..bukan sebab aku tak jujur@tak mahu menjadi diri sendiri, tapi hipokrit aku lebih kepada menjaga hati pihak2 yang terlibat sampaikan hati sendiri yang sakit..

Cuma pesanan untuk diri aku..jangan sampai sisi gelap kita mengganggu ketenteraman orang lain..

p/s : hari ini hari malang sedunia...ohh..kalaulah hari2 mendatang boleh diramal...(istifar)...