23 July 2009

TUA....TERIMA KASIH

Terima kasih kepada teman-teman yang sudi menghantar mesej, mengecall....mengecall???...dan sebagainya....ini menunjukkan aku masih lagi relevan dan popular...(hikhikhikhik)
Juga buat peminat-peminat yang sudi menulis berkenaan hari lahir aku di blog-blog mereka...satu lagi bukti yang menunjukkan aku masih lagi diterima disegenap hati semua peminat........(uhuk..uhuk..uhuk..)

banyak benda nak kongsi semenjak dua tiga menjak ni tapi memandangkan talian internet di office..(office ye tak??)..dan juga di rumah mengalami sawan ba**..makanya niat untuk mengarang pada hari ini tidak la meluap-luap seperti 2,3 hari lepas..

Cuma nak kongsi beberapa perkara berkenaan dengan ungkapan@balasan terima kasih ni....
Seingat aku la kan(kalau aku salah sila perbetulkan)...aku sebolehnya akan mengucapkan terima kasih(mesej@ucapan) kalau aku mintak tolong atau bertanyakan sesuatu..aku cuma jarang balas mesej ucapan terima kasih masa hari raya sahaja sebab terlalu ramai yang menghantar mesej..tak larat nak balas..(bajet la kan..hihihihi)...

Kadang2 terkilan gak@terasa gak sikit..nak pulak orang@kawan tu jarang@tak pernah mesej kita, tiba2 bertanyakan tentang sesuatu perkara..aku pun sebagai kaunter pertanyaan yang telah ditauliahkan dengan gigihnya membalas@mengarang mesej tu dengan harapan orang tersebut faham tentang apa yang aku sampaikan..(nada mesej berserta emosi dalam mesej aku karang tu..)...alih-alih bukan nak balas ke 2 huruf nak ucapankan terima kasih...TQ pun dh cukup bagi aku sebab rasa puas tu akan bertambah puas lagi bila berjaya membantu orang...kalau nak cakap aku mengharapkan balasan terima kasih...yaaaaaaaa..memang aku mengharapkan pun.........peace!

p/s : aku hargai sangat segala ucapan ulang tahun kelahiran ke 17....17?..TQ......terima kasih..aku terharu...TQ...