14 September 2009

OFF TO TANJUNG MALIM

Lega...

Debaran yang ditanggung sejak sebulan yang lepas berakhir semalam...

Semalam juga adalah hari yang bersejarah bagi aku...bukan bersejarah apa pun cuma pengalaman pertama kali bercakap dalam jumlah audien yang besar membuatkan aku berdebar bercampur teruja..tambahan bercakap berdasarkan pengalaman dicampur sedikit dengan kata-kata motivasi..

Bukan kata tak biasa bercakap dikhalayak ramai sebab selama ini pun aku memang bertugas dikhalayak ramai cuma kali ini agak berbeza..segala-galanya perlu dilakukan dengan spontan..menceritakan serba sedikit pengalaman praktikal tidak boleh dirancang kerana dikhuatiri apa yang dirancang tak dapat diluahkan..jadi lebih elok segala yang mahu dilontarkan dilakukan dengan spontan..

2 hari di Tanjung Malim memberi sedikit kenangan manis dan mengimbau juga sedikit sebanyak pengalaman semasa belajar di UPSI...

Kehadiran aku di sini adalah atas jemputan junior program Pendidikan Matematik semester 7 bagi memenuhi slot dalam Bengkel Praktikum anjuran mereka..tepatnya memenuhi slot Tika Bakti Disemai dimana aku diminta untuk menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang praktikal di sekolah.. .program yang amat baik, bermanfaat dan sambutannya gah..

Sabtu (12/9/2009) tepat jam 5.45 petang aku tiba di Stesen Bas Tanjung Malim dan terus ke rumah sahabat aku yang menyambung pengajian peringkat Sarjana di UPSI..memang sudah niat aku untuk belanja sahabat-sahabat yang ber"Sarjana" ini berbuka puasa....

Seterusnya, selepas selesai solat tarawikh sekali lagi duit aku diuji..hahahahaha...kali ini giliran bekas "anak-anak buah" yang sama-sama menjawat jawatan di kolej kediaman dahulu..niat asalnya ingin minum sahaja tapi setelah diasak berkali-kali, aku tunaikan permintaan mereka untuk makan sekali..kopak lagi duit aku..(hahahahahaha-aku ikhlas..sekali-sekala berkongsi rezeki)..

Rasanya dalam kedai makan tu. memang kumpulan kami paling bising dan meriah..biasalah aku dapat "anak-anak buah" yang jenis bising dan banyak mulut...hehehehe..selesai bersama mereka aku terus ke rumah salah seorang staf HEP UPSI yang menganjurkan majlis makan-makan...atau lebih tepat majlis anjuran "Che Kiah"..(bagi siapa yang tahu)..sekali lagi memang riuh di rumah ini dengan hilai tawa yang mengilai-ngilai itu..(hahahahaha)..juadah sangat banyak dan sedap..terima kasih pada En Halim, Puan Yati dan Kak Zura...

Sebelum balik, aku sempat singgah ke rumah mantan pengetua kolej kediaman tempat aku tinggal dulu untuk sama-sama join buat kuih raya..(tapi aku tengok jela)...tak lama aku di rumah puan pengetua sebab aku dapat satu mesej dari junior aku sem 7...

Msg :"abg emi..mee goreng mamak satu..teh ais 4...."

Mentang-mentang aku dah kerja..semua pakat kirim..hahahaha..tapi takpe memang dah janji pun dengan junior-junior ni sebab masa konvo aku tempohari, tak sempat pun berjumpa dengan mereka yang juga merupakan "bekas anak-anak buah" semasa aku di semester 3...

Sebelum balik kerumah..sekali lagi aku "ngeteh" dengan Afifi di kedai mamak..minum-minum sambil borak-borak dan dalam pukul 2 pagi baru bertolak balik ke rumah..sampai di rumah..mata tak mahu lelap..apa lagi..sambung borak lah..pukul 3 lebih baru tidur rasanya..

Memang penuh jadual bertemu kawan-kawan di UPSI tapi sebenarnya dalam erti kata lain aku nak sembunyikan debaran menjelang esok hari...

Makanya....
Hari yang dinanti pun tiba...
Sampai sahaja di Auditorium UPSI..memang gah sambutannya,sangat bagus programnya....tahniah pada pihak penganjur dan aku lega sebab sekurang-kurangnya aku berjaya cabar diri untuk menyertai program sebegitu..sekurang-kurangnya juga, aku boleh rekodkan pengalaman ini dalam resume aku kelak..apa pun aku tetap risau mengenangkan adakah aku banyak membantu atau tak?adakah sampai apa yang aku cuba sampaikan atau tak?..harapannya semoga dengan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman semasa menjalankan praktikal dulu boleh dijadikan panduan sedikit buat mereka apabila berpraktikal tahun depan..apa pun ini pengalaman pertama aku dan segala salah silap aku mohon maaf pada mereka..aku pun masih dalam peringkat belajar dan sangat-sangat dahagakan teguran membina untuk aku merencana haluan dalam bidang pendidikan ini..

Terima kasih pada pengalaman yang diberi..terima kasih semua...


p/s 1 : ada rezeki boleh belanja lagi..sama-sama doa rezeki masing-masing murah..aku dalam perancangan membuat sesuatu yang mungkin bermanfaat bagi yang betul-betul berminat..sama-sama doakan...

p/s 2 :bagi yang kenal aku, mereka tahu aku ada satu habit yang tak boleh dibuang semasa bercakap dikhalayak iaitu menggaru-garu dahi..habit ini sedikit sebanyak mengurangkan debaran aku semasa bercakap...

p/s 3 : masih menunggu gambar-gambar yang berkenaan untuk di'upload'...

p/s 4 : terima kasih pada Afifi yang sudi sponsor penginapan dan motor..hehe



06 September 2009

PETROL

Setakat ni kenaikan harga petrol, aku belum lagi terasa bebannya..mungkin kerana aku belum lagi mempunyai kereta sendiri...

Kereta yang ada ni pun, mak aku yang memenuhkan tangkinya..

Cuma aku sedikit was-was berkenaan dengan penggunaan petrol RON 95..macam-macam khabar angin@khabar betul@khabar gembira berk enaan petrol jenis ini..

Aku lampirkan jenis-jenis kenderaan yang relevan mengikut RON-RON berikut :(dapat di internet)..



02 September 2009

TABIAT ORANG MALAYSIA

Tujuan paling utama aku hasilkan blog ni adalah untuk merekod perjalanan hidup aku dari hari ke hari..sedaya upaya aku cuba karangkan apa yang termampu berdasarkan pengalaman sehari-hari..

Tujuan seterusnya mudah..supaya boleh dijadikan arkib bagi rujukan keturunan dan legasi aku pada masa akan datang...sekurang-kurangnya, keturunan aku nanti boleh berbangga dengan kejayaan moyang mereka..(hahahahaha--sekali sekala perasan dimaafkan)..

Berbalik pada perjalanan hidup hari ni seterusnya merangkap perjalanan ke tempat kerja aku pada hari ini yang aku boleh kaitkan dengan tabiat orang kita walaupun bukan semuanya..

Untuk rekod, aku mula belajar memandu sewaktu aku di tingkatan 5 dan yang mengajar aku adalah mak aku sendiri..seterusnya, apabila mendapat lesen, aku bertindak sebagai pemandu jika mak aku merancang untuk kemana-mana dan seingat aku belum pernah semenjak aku mendapat lesen, mak aku bawak kereta dan aku duduk disebelah..

Tabiat mak aku pulak..dia suka pandang pada had laju kereta semasa aku memandu dan seingat aku, tak pernah aku memandu melebihi 80km/j jika mak aku ada disebelah..tu kalau di lebuhraya..kalau di jalan-jalan kampung lebih dasyat lagi..tak boleh melebihi 60km/j....

Tapi aku tau..semua yang mak aku buat tu bersebab dan banyak ketikanya bila aku bawak perlahan begitu, aku dapat mengelak dari melanggar binatang-binatang yang melintas secara mengejut..tu satu...

Dan akibat dari pantauan berterusan dari mak aku juga menyebabkan tabiat memandu dalam kadar yang perlahan tak boleh nak dikikis..aku jadi fobia bila bawak lebih dari apa yang mak aku biasa tetapkan..tapi semua tu bersebab...

Untuk pengetahuan, sepanjang ke tempat kerja aku..aku akan melalui kawasan-kawasan kampung dimana sepanjang perjalanan, akan dapatlah dilihat binatang-binatang bergelimpangan dilanggar jentera-jentera yang laju gila babas mengalahkan berlumba kat litar F1..

Yang aku pelik..jalan tu dah la jalan kampung, lepas tu banyak pulak binatang-binatang melintas..tambahan kalau waktu hujan..masih ada lagi tu pemandu-pemandu bengong yang memecut tak tentu hala..

Aku membayangkan kes-kes dimana, kadang-kadang yang terjadi kemalangan bukan salah kita pun tapi salah pemandu yang memecut tapi tak lepas..teruslah dihentamnya kereta dari arah bertentangan..buatnya la yang jadi mangsa tu ibu tunggal anak 8 ke, tak ke kesian anak-anak dia??..macam kes baru-baru ni yang melibatkan lori ais tu...yang sampai satu keluarga mati..yang salahnya lori ais tu..bawak lori macam tak pernah bawak lori 10 tahun(jakun!!)..pastu pecut tak lepas..tak pasal-pasal dihentamnya kereta dari arah depan dia..kalau dia yang "jalan" tak kisah la kan?..ni orang lain yang jadi mangsa...

Tu belum lagi kes pecut pada double line..potong masa nak naik bukit...pecut macam orang sewel masa hujan dan yang lagi teruk, apa punyai bingai orang ntah..jenis yang ikut kereta rapat-rapat dari belakang..kalau orang tu break kecemasan macamana la agaknya..tapi kalau kes macam tu yang salah tetap orang belakang..sape suruh ikut rapat-rapat?

Macamana la kes kemalangan kat Malaysia ni tak tinggi..yang bawak kereta macam jakun tak pernah bawak kereta..tak boleh ke bawak kereta slow n steady..relax la...macam dulu ada satu kes..aku balik kampung..kalau sape kampung dia kat Kuala Pilah dan keatas, tau lah jalan dia macamana..dah la sempit lepas tu tak berapa nak baik sangat dan ada sikit-sikit bengkang bengkok..aku drive dlm 70km/j..biasala, jalan kampung...sekali tu boleh pulak bas Transnasional ni potong kereta aku..memang sangat-sangat bahaya..mujurla dalam kereta memang ada buku nota kecik dan pen..cepat-cepat aku mintak mak aku salin nombor plat bas tu..catat sekali masa, tarikh dengan hari tu..esok tu aku call JPJ buat aduan..tak tau la apa cerita lepas tu..janji aku dah laporkan apa yang patut..

Aku tak kisah kalau pemandu-pemandu ni nak bawak laju ke apa..tapi tengok keadaan dan tempat la..kalau bawak kat lebuhraya..kau nak bawak kereta sampai terbang kereta tu pun lantak kau lah..tapi ni jalan kampung..takkan tak perasan, penoreh-penoreh getah tu naik motor la..budak-budak estate tu nak pegi sekolah la..lembu-lembu tu berkeliaranlah...lepas tu tengok sekali keadaan..kalau emergency macamana sekalipun..kene tengok jugak tempat nak potong..jangan kau potong masa nak naik bukit..masa hujan....akai ada ka??

Yang paling penting jugak..tengok kereta apa yang kau bawak bila kau nak potong tu..tengok jugak kereta apa yang kau nak potong tu...kalau bawak kancil siap dengan ekzos bingit kau tu..nak lak pegi potong lancer..memang tak sedar diri la kau...biol.....ada jugak kes kereta macam nak roboh dah..tapi dia bawak..masyaAllah..macam ada tsunami tengah kejar dia...

Mana kereta yang bawak perlahan tu pulak..yang bawak macam baru dapat lesen 2,3 jam..dah tau bawak perlahan..sekurang-kurangnya bagi signal ke kiri..dan anjak lah kekiri sikit..bagi peluang pada kereta yang memecut tadi ni..kita mana tau..mungkin dia tengah bawak isteri dia yang tengah sarat nak bersalin ke..jadi, sama-sama timbang rasa ok?

Tujuan aku karang ni..tiada niat lain..sekadar mahu berkongsi pengalaman di jalanraya..sekian

p/s : untuk pengetahuan, aku memandu Proton Iswara tahun 1995 (masa aku darjah 3)...

p/s 2 : aku pemandu sederhana...70km/j