14 July 2009

UNITI....HARI KEDUA

Hari kedua berjalan dengan baik. Kelas pertama bermula seawal 8.30. Pelajar2 dip in acc yang ambil subjek business math merupakan pelajar pertama aku minggu ini. Boleh dikatakan 90% daripada mereka tidak mempunyai basic dalam akaun dan pencapaian matematik tambahan semasa SPM dulu boleh dikatakan kurang baik. Tugas berat menanti.....aku tak boleh nak samakan method pengajaran student diploma dengan sesi pembelajaran aku semasa di UPSI dulu yang mana boleh dikatakan hanya 30% datangnya daripada pensyarah..selebihnya usaha kami.. tapi memandang latar belakang akademik mereka, aku putuskan untuk mengajar seperti di sekolah..sedikit demi sedikit tapi dalam masa yang sama masih menyerapkan beberapa elemen survival dalam pembelajaran..maksudnya di sini, aku akan berikan 60% berkenaan dengan idea, konsep, fakta, jalan kerja dan sebagainya..agak leceh tapi aku kira buat masa sekarang, itu antara yang sesuai..

Aku mulakan kelas dengan sesi memperkenalkan diri dan sebagainya, kemudian menerangkan serba sedikit apa yang bakal mereka lalui sekarang di kolej ini dan di peringkat yang lebih tinggi kelak(aku jadikan pengalaman aku dan kawan2 sebagai perkara rumus)..setelah selesai, mereka mula memperkenalkan diri mereka serba sedikit, latar belakang akademik dan sebagainya. Aku jadikan nama panggilan mereka sebagai subjek untuk aku menguasai keadaan..(rasa gugup sebab mereka semua besar2....peace!)...Ya..aku mula mengingati nama mereka sedikit sebanyak..nama2 seperti Matu, Dik, Budu, Aiman, Z, Ija, Ifa, Sha....antara kerap yang menjadi mangsa pertanyaan aku..Setelah usai sesi pembelajaran pada hari ini, aku terus ke bilik yang ditempatkan untuk membuat sedikit persediaan kerana sebentar lagi akan diadakan pertemuan antara CEO dan semua tenaga pengajar Unit Matematik..

Oh..sebelum terlupa..aku ditempatkan di bilik yang baru pagi ini (semalam menumpang ditempat orang lain) dan apa yang mengujakan, meja aku mempunyai satu talian internet yang tetap (memuat turun 3 filem dengan jayanya) dan penghawa dingin yang sangat..sangat..sangat sejuk..(yes!)..amat selesa ditambah dengan pemandang laut yang indah..(bilik berdekatan dengan pantai)..

Esok aku tidak ada kelas..apa yang aku nak buat esok???yaaaa..aktiviti memuat turun harus dipenuhi sebaik mungkin. Terima kasih kepada pemerintah..

p/s 1 : pengarangan dipengaruhi mood yang agak skema dan slow..aku agak slow hari ini..

p/s 2 : aku penat memandu...mengajar tidak memenatkan...