13 November 2009

13 JULAI 2009

Hari ni genap 3 minggu aku tinggalkan Uniti..

Hari ni jugak genap 4 bulan aku kat Uniti kalo aku stay...

Aku rindu kawan2 kat Uniti yang best...

Aku rindu suasana kat Uniti...

Aku rindu tekanan yang minimal di Uniti..

Aku rindu student Uniti...

Aku rindu laut...

Kalaulah insentif di Uniti menarik macam insentif menjadi cikgu sekolah menengah...

Aku manusia biasa..yang memandang segala2nya memerlukan duit...lantas Uniti aku tinggalkan..

hmmm.....

p/s : pandang kawan2 baru,teringat kawan2 di Uniti...mereka biasa saja..mungkin aku belum beradaptasi sepenuhnya...

p/s 2 : SMK Serting Hilir Kompleks??..bolehlah..macam sekolah2 lain juga..apa yang kamu buat..aku juga buat..tak perlu dihebohkan bagai nak rak...sekian..

08 November 2009

HOBIN JANG HOBIN

Jujurnya...aku bukanlah peminat tegar bola sepak...tapi apabila melibatkan sesuatu yang berkaitan dengan Negeri Sembilan, aku sebagai rakyat yang baik tetap menyokong dan bersorak bagai nak gila walaupun menonton dari rumah...

Kali terakhir menonton perlawanan bola sepak secara live di Stadium Paroi adalah semasa darjah 4 (tahun 1996). Waktu tu perlawanan antara Negeri Sembilan dengan Melaka di mana Negeri Sembilan menang 4 - 0....waktu tu jugak dikira perlawanan menarik sebab adanya pemain import..

Berbalik pada perlawanan malam tadi..aku mudah tertekan apabila menyaksikan perlawanan-perlawanan akhir macam ni....rasa mcm aku lak yang main..jadi untuk meredakan ketegangan..aku selang selikan menonton sehati berdansa...hahahahaha...(mak dah bising2 masa ni sebab kerap tukar-tukar channel..)

Alih-alih..aku alih je channel tv 1 balik...Zaquan Adha baru je nak start penalti..bila dia jaringkan gol...bergegar rumah kami menjerit sakan..mak aku pun join sekaki..ahahahaha...abis je dia gol...aku bukak sehati berdansa balik...hahahahahaha...

Cuma satu jela yang tak berapa sedap pasal game malam tadi..gelagat penyokong Kelantan....mula-mula baling botol.....mercun...last2 nak dibakarnya stadium agaknya....terlampau fanatik...

Aku bukan apa....aku ramai kawan-kawan yang dari kelantan..kawan baik@rapat aku pun orang kelantan..kawan-kawan cikgu sekolah aku pun ramai yang dari kelantan..mak-mak sedara aku pun orang kelantan..pendek kata hidup aku memang dikelilingi orang kelantan..dan kenalan-kenalan aku yang dari kelantan ni semuanya baik2..sopan2..suka buat lawak...tak berkira....pendek kata memang bagus2 kenalan-kenalan kelantan aku...

Bila penyokong-penyokong kelantan buat perangai macam malam tadi..sedikit sebanyak diorg bagi persepsi buruk pada orang lain terhadap orang-orang kelantan..kesian kawan2 aku yang dari kelantan ni..cuba bayangkan orang-orang yang memang takde kawan-kawan kelantan, tak ke dia boleh terpengaruh dengan persepsi tak berapa baik diorg pada orang kelantan..??

Apa pun, aku suka berkawan dengan semua orang dari mana-mana negeri...sekian..

p/s : orang kelantan ramai yang pandai..kadang-kadang terfikir..mana lah orang-orang Negeri Sembilan kat universiti-universiti ni??

p/s 2 : perempuan kelantan ramai yang cantik-cantik,comel-comel...apa rahsia diorg eh??


06 November 2009

SAWANG...SEMAK...PERISTIWA...KENANGAN...


Nak ikutkan, banyak yang nak aku karangkan bermula dari peristiwa aku konvo sampailah dah dapat penempatan di sekolah pun...


Tapi disebabkan kesukaran mencari masa yang sesuai untuk menaip, ditambah dengan kepenatan dan sebagainya, aku uploadkan beberapa gambar mewakili peristiwa-peristiwa tersebut..chekidaouuuttt...


KONVO - 13 OGOS 2009 (KHAMIS)
Tiada perkataan yang sewajarnya diungkapkan melainkan syukur yang dipanjatkan ke hadrat ilahi....4 tahun bergelumang menimba ilmu di UPSI sangat banyak mengajar aku tentang dunia kedewasaan dan kematangan (walaupun tak matang mana sebenarnya)..apa pun di sini lah tempatnya ilmu dicari, kawan dijejaki,musuh didatangi..yang kawan menjadi lawan...yang lawan semakin melawan....semuanya tersemat kukuh dalam ingatan dan menjadi kenangan yang tak akan luput melainkan mati atau hilang ingatan saja..perakuan bahawa akulah pemegang sarjana muda pendidikan matematik diterima dan bakal menjadi tiket untuk aku melangkah ke alam pekerjaan yakni alam pendidikan dan keguruan...doakan semua yang sealiran dengan aku tidak terpesong dari niat sebenarnya@sepatutnya ada dalam diri seorang guru..



p/s : skema sungguh.....ahahaha










PENEMPATAN - SMK SERTING HILIR KOMPLEKS
Syukur kepada Allah..aku tidak dibiarkan menganggur dalam jangka masa yang lama..tawaran diterima sewaktu aku masih lagi mengajar di Kolej Uniti..syukur..


p/s : tak sabar nak membantu keluarga..