19 August 2009

KESAL......MENYESAL....DAH BERLALU...

13 Ogos 2009

Aku berjaya bergraduat dengan tahap kepujian yang biasa sahaja...

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia.....

Mungkin kali terakhir berjumpa dengan rakan2 sepengajian...

..................................................
2 Julai 2005.....

Tarikh dimana aku mula2 menjejakkan kaki ke UPSI yakni universiti yang menjadi pilihan emak aku. Asalnya aku sangat2 berhajat ingin belajar di UKM tapi atas saranan emak, UPSI menjadi pilihan hati seterusnya menyebabkan aku terjebak dalam dunia pendidikan..

Jujurnya, aku tak pernah terfikir langsung untuk terlibat dalam bidang pendidikan ini ..dan sejujurnya bila ditanya cita2 aku semasa zaman sekolah dulu, aku terus katakan yang aku ingin menjadi Akauntan walaupun aku tak tahu apa tugas sebenar Akauntan..yang pasti Akauntan melibatkan duit...Ya!..aku suka duit...(duit bukan segala2nya tapi segala2nya memerlukan duit)..

Berbekal dengan keputusan di Matrikulasi Melaka dan minat yang biasa sahaja dalam bidang Matematik, pendidikan matematik menjadi pilihan aku dan emak..
...........................................

3 Julai 2005

Bermula sesi orientasi di UPSI.sebelum tu,antara individu pertama yang aku kenal ada kawan2 serumahku..(siddik, caom, mil, zul, syam, abe zul, hamid)...meriahnya rumah kami sebab kesemua kami adalah daripada pelbagai course...

Di dewan SITC tempat aku memulakan orientasi, di dewan ini jugaklah aku bergraduat...individu seterusnya yang aku kenal adalah Afifi, kawan satu kursus..kalau tengok dari riak wajah dan air muka, afifi boleh dikategorikan sebagai sombong tapi kalau dah kenal, aku boleh bercerita pelbagai benda termasuklah rahsia2 peribadi dengan dia...
Cukup sampai sini untuk permulaan...
...........................................

2005 - 2009

kalau nak diikutkan, banyak benda yang kesalkan kalau aku fikir2 balik..banyak yang aku hilang..banyak jugak yang aku dapat...contohnya..kawan dan hubungan antara kawan

Apa pun, aku berdoa semoga kalian semua berjaya......!


p/s : kesal....ada kawan yang dah tak jadi kawan.....

No comments: