08 November 2009

HOBIN JANG HOBIN

Jujurnya...aku bukanlah peminat tegar bola sepak...tapi apabila melibatkan sesuatu yang berkaitan dengan Negeri Sembilan, aku sebagai rakyat yang baik tetap menyokong dan bersorak bagai nak gila walaupun menonton dari rumah...

Kali terakhir menonton perlawanan bola sepak secara live di Stadium Paroi adalah semasa darjah 4 (tahun 1996). Waktu tu perlawanan antara Negeri Sembilan dengan Melaka di mana Negeri Sembilan menang 4 - 0....waktu tu jugak dikira perlawanan menarik sebab adanya pemain import..

Berbalik pada perlawanan malam tadi..aku mudah tertekan apabila menyaksikan perlawanan-perlawanan akhir macam ni....rasa mcm aku lak yang main..jadi untuk meredakan ketegangan..aku selang selikan menonton sehati berdansa...hahahahaha...(mak dah bising2 masa ni sebab kerap tukar-tukar channel..)

Alih-alih..aku alih je channel tv 1 balik...Zaquan Adha baru je nak start penalti..bila dia jaringkan gol...bergegar rumah kami menjerit sakan..mak aku pun join sekaki..ahahahaha...abis je dia gol...aku bukak sehati berdansa balik...hahahahahaha...

Cuma satu jela yang tak berapa sedap pasal game malam tadi..gelagat penyokong Kelantan....mula-mula baling botol.....mercun...last2 nak dibakarnya stadium agaknya....terlampau fanatik...

Aku bukan apa....aku ramai kawan-kawan yang dari kelantan..kawan baik@rapat aku pun orang kelantan..kawan-kawan cikgu sekolah aku pun ramai yang dari kelantan..mak-mak sedara aku pun orang kelantan..pendek kata hidup aku memang dikelilingi orang kelantan..dan kenalan-kenalan aku yang dari kelantan ni semuanya baik2..sopan2..suka buat lawak...tak berkira....pendek kata memang bagus2 kenalan-kenalan kelantan aku...

Bila penyokong-penyokong kelantan buat perangai macam malam tadi..sedikit sebanyak diorg bagi persepsi buruk pada orang lain terhadap orang-orang kelantan..kesian kawan2 aku yang dari kelantan ni..cuba bayangkan orang-orang yang memang takde kawan-kawan kelantan, tak ke dia boleh terpengaruh dengan persepsi tak berapa baik diorg pada orang kelantan..??

Apa pun, aku suka berkawan dengan semua orang dari mana-mana negeri...sekian..

p/s : orang kelantan ramai yang pandai..kadang-kadang terfikir..mana lah orang-orang Negeri Sembilan kat universiti-universiti ni??

p/s 2 : perempuan kelantan ramai yang cantik-cantik,comel-comel...apa rahsia diorg eh??


2 comments:

Syahir Mohamad said...

salam..
tahniah hobin menang.. betul kata kau, budak kelante lawa2 dan manis.
dahlah ramai kat semua tempat..
pelik2..

Nurul Akma Bahari said...

perempuan kedah pn cantek gak..nak lebey spesifik, langkawi laa...haha