31 August 2009

MEREKA ORANG SURAU

Seperti biasa, dalam keadaan tertekan dan tegang, aku mengunjungi blog kawan2 dan juga blog2 yang sama waktu dengannya..

Oh ya..kenapa aku tertekan??..kerana aku sedang menanda skrip2 jawapan dimana jawapan2nya tersasar jauh dari soalan yang diutarakan..adakah aku silap mengajar?atau mereka yang tidak belajar walaupun diberi 'hint'...aku tinggalkan dulu skrip2 jawapan itu...

Baru sahaja selesai membaca satu blog pelajar UPSI yang aku tak kenal pemiliknya tapi karangannya mengingatkan aku pada seseorang..diceritakan dalam blog itu seorang sahabatnya yang bernama Adnan yang aku kira aku kenal siapa Adnan ni..

Kalau diikutkan sejarah aku menetap di UPSI..lebih tepat lagi menginap di Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, aku jarang sekali turun berjemaah ke surau..sangat jarang.....Jadinya, aku kurang mengenali siapa yang mengalunkan azan, yang menjadi imam dan mereka yang rajin ke surau...

Untuk rekod juga..aku pernah memegang jawatan di kolej kediaman itu selama 2 tahun dan satu tahun berikutnya, aku memegang jawatan yang gah katanya(katanya la gah)...seperti biasa sedar atau tidak, jawatan itu sedikit sebanyak mempopularkan diri (baik dari segi kutukan mahupun pujian)...

Apa kaitannya dengan surau???..sangat banyak kaitannya dimana seperti biasa frasa "tauladan melalui kepimpinan" sangat tidak kena dengan karakter aku dalam memegang jawatan itu..sepatutnya aku tunjukkan contoh dalam mengimarahkan surau tapi apa contoh yang aku tunjukkan dari segi kerohaniannya pada waktu itu?..naada.....
aku jadikan alasan sibuk untuk aku solat dibilik sahaja....(sekali sekala membuka pekung)


Apa kaitannya dengan Adnan tadi??..tak banyak kaitan cuma aku kagum dengan arwah Adnan ni kerana selalu apabila berjumpa di mana-mana, dialah yang memulakan ucapan salam..pada mulanya aku tak berapa kenal nama dia tetapi setelah dia meninggal dunia baru lah aku tahu namanya Adnan..

Semester akhir di kolej kediaman, aku berpindah ke aras 4 dan seringkali apabila kelas petang selesai, aku akan terserempak dengan dia sepanjang aras dalam keadaan dia tergesa-gesa untuk turun ke surau..walaupun dalam keadaan tergesa, masih sempat arwah mengucapkan salam..aku rasa arwahlah yang selalu mengalunkan juga azan maghrib(maaf kepada pengalun2 azan yang lain kerana salah diri sendiri tak berapa mengenali mereka yang rajin ke surau)

Aku mengetahui nama arwah Adnan setelah aku terdengar kecoh2 mengatakan ada pelajar di aras 4 ini meninggal dunia..aku melawat rumah arwah dan aku bertanyakan pada rakan sebiliknya yang mana satu namanya Adnan..setelah ditunjukkan gambarnya, barulah aku tahu yang selama ini memberi salam, memulakan ucapan salam...Adnan namanya..

Blog yang aku kunjungi tadi mengingatkan lagi ingatan serta kenangan aku pada individu di kolej kediaman itu.....


Alfatihah...


p/s : sekali lagi aku lontarkan soalan...betul ke orang2 yang baik, beriman..selalu dijemput awal kembali pada Allah??

p/s 2 : selamat menyambut kemerdekaan yang ke 52..





2 comments:

Cikgu Arif said...

salam ziarah. sukar mencari org sehebat beliau. barakallahufik...

Cikgu Arif said...

salam ziarah.