23 July 2009

TUA....TERIMA KASIH

Terima kasih kepada teman-teman yang sudi menghantar mesej, mengecall....mengecall???...dan sebagainya....ini menunjukkan aku masih lagi relevan dan popular...(hikhikhikhik)
Juga buat peminat-peminat yang sudi menulis berkenaan hari lahir aku di blog-blog mereka...satu lagi bukti yang menunjukkan aku masih lagi diterima disegenap hati semua peminat........(uhuk..uhuk..uhuk..)

banyak benda nak kongsi semenjak dua tiga menjak ni tapi memandangkan talian internet di office..(office ye tak??)..dan juga di rumah mengalami sawan ba**..makanya niat untuk mengarang pada hari ini tidak la meluap-luap seperti 2,3 hari lepas..

Cuma nak kongsi beberapa perkara berkenaan dengan ungkapan@balasan terima kasih ni....
Seingat aku la kan(kalau aku salah sila perbetulkan)...aku sebolehnya akan mengucapkan terima kasih(mesej@ucapan) kalau aku mintak tolong atau bertanyakan sesuatu..aku cuma jarang balas mesej ucapan terima kasih masa hari raya sahaja sebab terlalu ramai yang menghantar mesej..tak larat nak balas..(bajet la kan..hihihihi)...

Kadang2 terkilan gak@terasa gak sikit..nak pulak orang@kawan tu jarang@tak pernah mesej kita, tiba2 bertanyakan tentang sesuatu perkara..aku pun sebagai kaunter pertanyaan yang telah ditauliahkan dengan gigihnya membalas@mengarang mesej tu dengan harapan orang tersebut faham tentang apa yang aku sampaikan..(nada mesej berserta emosi dalam mesej aku karang tu..)...alih-alih bukan nak balas ke 2 huruf nak ucapankan terima kasih...TQ pun dh cukup bagi aku sebab rasa puas tu akan bertambah puas lagi bila berjaya membantu orang...kalau nak cakap aku mengharapkan balasan terima kasih...yaaaaaaaa..memang aku mengharapkan pun.........peace!

p/s : aku hargai sangat segala ucapan ulang tahun kelahiran ke 17....17?..TQ......terima kasih..aku terharu...TQ...

15 July 2009

UNITI...HARI KE 3

Semakin baik..alhamdulillah..berjalan lancar..

Hari ini tiada kelas..Makanya hari ini aku penuhi aktiviti2 memuat turun dari syok.org. Internet di bilik aku amat...amat...amat laju..Aku selang selikan aktiviti memuat turun dengan membuat sedikit nota2 dan tutorial untuk student akaun. Mencari juga bahan2 yang berkaitan dengan business statistics sebab minggu depan jadual akan bertambah sedikit. Minggu depan juga kemasukkan pelajar2 baru.

Semakin malas nak mengarang......mengantuk....selamat malam.....


14 July 2009

UNITI....HARI KEDUA

Hari kedua berjalan dengan baik. Kelas pertama bermula seawal 8.30. Pelajar2 dip in acc yang ambil subjek business math merupakan pelajar pertama aku minggu ini. Boleh dikatakan 90% daripada mereka tidak mempunyai basic dalam akaun dan pencapaian matematik tambahan semasa SPM dulu boleh dikatakan kurang baik. Tugas berat menanti.....aku tak boleh nak samakan method pengajaran student diploma dengan sesi pembelajaran aku semasa di UPSI dulu yang mana boleh dikatakan hanya 30% datangnya daripada pensyarah..selebihnya usaha kami.. tapi memandang latar belakang akademik mereka, aku putuskan untuk mengajar seperti di sekolah..sedikit demi sedikit tapi dalam masa yang sama masih menyerapkan beberapa elemen survival dalam pembelajaran..maksudnya di sini, aku akan berikan 60% berkenaan dengan idea, konsep, fakta, jalan kerja dan sebagainya..agak leceh tapi aku kira buat masa sekarang, itu antara yang sesuai..

Aku mulakan kelas dengan sesi memperkenalkan diri dan sebagainya, kemudian menerangkan serba sedikit apa yang bakal mereka lalui sekarang di kolej ini dan di peringkat yang lebih tinggi kelak(aku jadikan pengalaman aku dan kawan2 sebagai perkara rumus)..setelah selesai, mereka mula memperkenalkan diri mereka serba sedikit, latar belakang akademik dan sebagainya. Aku jadikan nama panggilan mereka sebagai subjek untuk aku menguasai keadaan..(rasa gugup sebab mereka semua besar2....peace!)...Ya..aku mula mengingati nama mereka sedikit sebanyak..nama2 seperti Matu, Dik, Budu, Aiman, Z, Ija, Ifa, Sha....antara kerap yang menjadi mangsa pertanyaan aku..Setelah usai sesi pembelajaran pada hari ini, aku terus ke bilik yang ditempatkan untuk membuat sedikit persediaan kerana sebentar lagi akan diadakan pertemuan antara CEO dan semua tenaga pengajar Unit Matematik..

Oh..sebelum terlupa..aku ditempatkan di bilik yang baru pagi ini (semalam menumpang ditempat orang lain) dan apa yang mengujakan, meja aku mempunyai satu talian internet yang tetap (memuat turun 3 filem dengan jayanya) dan penghawa dingin yang sangat..sangat..sangat sejuk..(yes!)..amat selesa ditambah dengan pemandang laut yang indah..(bilik berdekatan dengan pantai)..

Esok aku tidak ada kelas..apa yang aku nak buat esok???yaaaa..aktiviti memuat turun harus dipenuhi sebaik mungkin. Terima kasih kepada pemerintah..

p/s 1 : pengarangan dipengaruhi mood yang agak skema dan slow..aku agak slow hari ini..

p/s 2 : aku penat memandu...mengajar tidak memenatkan...

13 July 2009

UNITI...HARI PERTAMA

Alhamdulillah..

Hari pertama lapor diri. Dari malam melarat ke subuh macam2 aku fikir. Kelas mana aku mengajar nanti? Macamana student dia? Banyak tak elaun dia bagi?(hehehehe)....

Tepat pukul 9 pagi aku sampai,terus ke HR Unit lapor diri. Mula2 sesi briefing dari HR. Dari gaji, cuti, claim, caruman KWSP(first time isi borang caruman KWSP-pengalaman baru-adakah aku sudah bergelar pekerja?), sesi kenal2 dengan staff office sampailah aku diserahkan kepada ketua unit matematik..peramah orangnya dan seterusnya aku diperkenalkan dengan mentor aku, termasuklah staff akademik yang lain..

Tibalah saat yang dinantikan. Penyerahan tugas. Setelah diberi bahan2, jadual dan sebagainya...agak mengujakan dan seronok sebab aku hanya mengajar 14 jam kredit seminggu bagi 4 kelas TETAPI apakah kelas2 itu???Apa pulak kelas yang aku jangka??? Kelas2 itu adalah seperti berikut :

Business Mathematics

Business Statistics 1

Business Statistics 2

Basic Mathematics...

Apa pulak yang aku jangka???

1) Basic Algebra

2) Basic Statistics

3) Basic Calculus

4) Basic Calculation(hehehehe)

5) Basic Instinct (macam pernah dengar..)



p/s 1 : aku memerlukan pakar...ARI..!

p/s 2 : secara praktikalnya, aku perlu mengajar dia (diploma in accountancy)..aku tiada basic in business..help!...