06 August 2009

LUMRAH....AGAKNYA

Sekali sekala bercerita perihal orang...(yeke sekali sekala???)

Kisahnya begini...
Aku ada seorang kawan..sangat bagus..sangat bergaya..sangat berketerampilan..sangat berpesonaliti menarik..sangat beraura..sangat berkepimpinan..pendek kata semua sangatlah dia boleh digambarkan berkenaan dengan perwatakan dia ni..cuma satu masalah dia...

dia terlampau bervisi..terlampau berpandangan jauh yang kadang-kadang memang sukar nak capai tapi memang tak mustahil dicapai kalau ada kerjasama yang jitu dari semua pihak..

dia ni jugak kadang-kadang menjadi bahan kutukan..belakang-belakang terutamanya..(aku juga tak terkecuali..ya..aku mengaku..mungkin cemburu dengan pemikiran dan perwatakan dia)...kerana misi dan ideanya yang terlampau bervisi itu...

Tapi..disebabkan idea yang terlampau bervisi tu la menyebabkan sesuatu benda tu menjadi revolusi dan diingati sampai ke hari ini..

setelah ketiadaan dia..aku sedar..yang dia amat bagus dalam menjana idea2 baru dan aku juga berusaha untuk menjadi seperti dia..tapi biasalah..bila kita nak berubah, mereka sukar nak terima perubahan yang dibuat..tidak mengapa..aku lebih suka menjadi diri aku sekarang ni..

kalau nak diikutkan..aku taklah berapa rapat sangat dengan dia cuma hubungan kami sekadar urusan2 rasmi yang tertentu..sekadar menjalankan tugas..walaupun dulu aku selalu kritik dirinya secara belakang(memang perbuatan pengecut--aku sedar--aku berubah sedikit demi sedikit)...dan secara jujurnya bukan aku mengutuk saje2 tapi cuma nak meluahkan rasa tak puas hati kepada orang lain cuma tak berani nak luahkan didepannya--bimbang dia kecil hati...(aku dalam proses berubah kepada berani meluahkan perasaan secara berdepan)

Dan setelah ketiadaannya juga, aku mula percaya..(memang aku percaya pun).."what goes around comes around"...kerana disebabkan sikap aku dulu la yang menyebabkan aku kemudiannya berhadapan situasi yang sama dengan dia..tak mengapa..tak ada masalah bagi aku..aku terima dengan sepenuh hati dan redha..

Cuma yang menjengkelkan aku..bila ada segelintir pihak yang dulunya lagi kuat kritik@kutuk kawan aku ni secara belakang2 ke depan2 ke...tiba2 memuji2 kawan aku ni tadi..bukan setakat memuji..ditambah juga dengan menzahirkan rasa kagumnya terhadap kawan aku tadi di blog kawan aku ni tadi dan sebagainya..sebab apa?sebab kejayaan yang dicapai oleh kawan aku tadi..kemudian ditambah lak dengan bercerita pada kawan aku yang lain berkenaan rasa bangganya dia pada kawan aku yang tadi ni..adoiiii time ni la ko beria2 nak puji bagai....

Aku bukan apa....aku tak boleh buang perasaan jengkel ni..maaf..

p/s 1: setiap hari aku berazam menjadi lebih baik...lebih baik...dan lebih baik...

p/s 2: sekali sekala membuka pekung didada untuk pengajaran diri sendiri sekurang2nya..

PEACE!



1 comment:

Ms Anom said...

ko mmg suke ngumpat org kan..aku tau..