15 December 2016

CATATAN PERJALANAN SEBUAH RUMAH

Masih lagi berkisar tentang rumah. Kami sangat sabar menunggumu rumah..

28 Mei 2012
23 September 2012
12 Januari 2013

1 April 2013

28 April 2013

2 Jun 2013
6 September 2013
3 November 2013
16 Mac 2014


Kini




DEKORASI RUMAH

Aku sangat suka dengan rumah. Aku tak minat dengan kereta. Aku dibesarkan dalam keadaan yang agak sukar dimana pernah kami 7 beradik tinggal di flat 1 bilik. Aku malu kalau kawan-kawan ingin datang ke rumahku. Aku sering bagi pelbagai alasan untuk elakkan kawan-kawan datang ke rumahku. Tetapi aku berazam ingin memiliki kediaman yang selesa untuk ibuku, keluargaku dan diriku sendiri. Alhamdulillah aku berjaya realisasikannya. Alhamdulillah...alhamdulillah. Jika anda terbaca post ini,bacalah dengan hati yang terbuka kerana tidak ada sekelumit riak pun untuk menunjuk-nunjuk. Post ini adalah untuk kenangan dan tatapan diriku semata-mata. Ya Allah, jauhkanlah diriku daripada sifat riak dan takbur. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Rumah Ibuku








Rumahku

Bahagian Hadapan


Bahagian Tepi



Bahagian Tepi (Waktu Malam)



Ruang Tamu, Ruang Menonton Dan Ruang Makan







Setelah disusunatur semula






Bilik Tidur Utama






Bilik Tidur Kedua



Bilik Ketiga (Bilik Mainan Nadia & Hafiy)



Bilik Keempat (Bilik Kerja)



Dapur




Rumahku Syurgaku.Alhamdulillah.

SETELAH 7 TAHUN 3 BULAN BLOG INI TIDAK DISENTUH

2009
Tinggalkan Kolej Uniti, Port Dickson (Jawatan : Pensyarah Matematik)
Posting jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Jawatan :Guru Matematik di SMK Serting Hilir Kompleks
Beli kereta pertama (Proton Saga SE)

2010
Beli rumah pertama (setelah 6 bulan bekerja) rumah teres 2 tingkat di Senawang, Seremban.

2011
Merisik (1 Mei 2011)
Bertunang (29 Mei 2011)

2012
Berkahwin (26 Mei 2012)





2013
Aku beli rumah kedua, isteri beli rumah pertama (rumah sama taman,sama bentuk sama harga)

Rumah isteriku (yang kami duduk sekarang)
Rumah aku (dalam pembikinan homestay@sewakan)

Nadia lahir (20 Mei 2013-Alhamdulillah)



2014
Berpindah kerja dari Negeri Sembilan ke Melaka.
Pindah rumah baru (Alhamdulillah)


2015
Hafiy lahir (Alhamdulillah)



2016
Beli rumah baru untuk mak sebab mak mengadu sakit kaki naik tangga. Kami kongsi bayar adik beradik tapi atas nama aku (rumah ketiga).





Inilah sedikit rumusan sepanjang aku tinggalkan dunia blog ni. InsyaAllah akan cuba aktif kembali.

13 November 2009

13 JULAI 2009

Hari ni genap 3 minggu aku tinggalkan Uniti..

Hari ni jugak genap 4 bulan aku kat Uniti kalo aku stay...

Aku rindu kawan2 kat Uniti yang best...

Aku rindu suasana kat Uniti...

Aku rindu tekanan yang minimal di Uniti..

Aku rindu student Uniti...

Aku rindu laut...

Kalaulah insentif di Uniti menarik macam insentif menjadi cikgu sekolah menengah...

Aku manusia biasa..yang memandang segala2nya memerlukan duit...lantas Uniti aku tinggalkan..

hmmm.....

p/s : pandang kawan2 baru,teringat kawan2 di Uniti...mereka biasa saja..mungkin aku belum beradaptasi sepenuhnya...

p/s 2 : SMK Serting Hilir Kompleks??..bolehlah..macam sekolah2 lain juga..apa yang kamu buat..aku juga buat..tak perlu dihebohkan bagai nak rak...sekian..