11 August 2009

SAYU.......

Tadi kak Farah call (senior UPSI)..tanya bila konvo dan dia cadang nak datang..tapi disebabkan ada kursus saat akhir, dia tak jadi datang..Cadangnya akhir tahun ni nak buat renion dengan kawan2 satu biro dulu (biro usahawan yang best)..

Sepanjang hari ni, aku masuk kelas tak happy..asyik teringat kenangan2 kat kampus, kat kolej kediaman, kawan2..etc..

Nak dijadikan cerita..aku duduk kat luar office..saje nak ambil angin..kebetulan ramai lak student lalu lalang..jadi, aku teringat la satu kenangan ni terus teringat kak farah, kak zu, kak aisyah, kak aida, kak syauqi..(ahahaha..akak ke?)

Dulu..mase aku sem 2, aku join biro under jawatankuasa kat kolej kediaman dulu..biro usahawan nama dia..dari biro ni la aku start aktif..so salah satu aktivitinya adalah berniaga di pasar malam KUO (name program tu siswa niaga..sampai sekarang ada lagi rasanya)..kami jual air masa tu dan ada la jadual meniaga masing dari pukul berapa sampai pkul berapa..

Nak dijadikan citer, masa tu aku jaga dengan kak farah..kebetulan ramai lak datang tolong masa tu..jadi, takdela berat sangat kerja..masa tu pulak ramai student baru balik dari kampus singgah kat pasar malam ni..so ramai la lalu lalang kat kawasan tu..

Aku dengan kak Farah boleh lak lepak2 kat tepi sebab ramai yang dah tolong..so nak happy2 kan diri..masa tu kitorang main game ni..."Teka2 course apa yang student tu amik berdasarkan paras rupa.."

Sekali tu, ada la seorang perempuan ni..muka sweet,hitam manis n ada muka orang2 desa sikit..(bajet muka aku cam org europe...huhuhu)
So aku cakap la kat kak farah..."pompuan ni mesti amik kos sejarah..sebab muka dia cam ala2 purba sikit..."..
Kak farah bantai gelak besar masa tu..dia cakap tu member dia n memang betul pun perempuan tu amik course sejarah...(huhuhuhu)...

Bila student lalu lalang kat sini tadi..tu yang teringat kat dia balik tu..tak sangka lak tadi dia blh call...rasa cam sayu lak bile dah abis ni..entah bila la blh jumpa lagi..

Dengan kawan2 pun camtu..baru je jumpe ex-housemate mase interview hari tu...padahal tahun lepas, sebelum nak buka puasa..kitorang sama2 gi beli kat bazar la..alih2 puasa tahun ni..aku buka kat rumah(insyaAllah)....bukan lagi dengan kawan2..

Dengan "kawan" lain pun camtu gak..selalu lepak library..siapkan assignment,study..tapi aku tak study la..aku tido@surf internet bagai.....dia study pastu dia ajar aku..(hehehehe).....bila la blh study sama2 lagi..

"kawan" ni jugaklah yang rajin buat spagetti..bile la boleh makan lagi ni.....

Dengan junior2 pun sama gak..bila blh beraktiviti lagi..gaduh2 dalam meeting..nangis2 masa nak dekat pemilihan MPP (hahahahahahaha--bagi sape2 yang tau citer)...ada yang jatuh kolam masa kat medan...ada yang tempah tshirt salah warna pastu marah kat orang tu dan orang tu pasrah..(huhuhu-sape ni??)...ada yang kene tipu hidup2 dari awal form team sampai la dah nak tamat...ada yang ada skandal.bukan ada tapi mereka2 skandal..ada yang kena tadah telinga dengar pihak berkenaan membela pihak yang tak betul..hehehehehe

Semua tu dah berlalu..sekarang ni bila jumpa kawan2, takde lagi dah bincang pasal assignment, pasal test...semua dah bincang pasal kerja la, gaji la, master la, kawin la, anak la...tak terkecuali dengan aku..hajat aku nak balas segala jasa mak aku yang dah susah payah melayan karenah aku dari aku kecik sampai la besar gedabak ni...sampai skg mak aku layan aku macam aku budak kecik@sekolah dulu..kalau aku lupa diri, korang jumpa aku..lempang aku nnt kalau aku tak buat semua ni..
Hajat aku yang kedua..aku nak posting kat sekolah dekat dengan rumah..nak jaga mak aku..nak selalu dekat dengan mak aku..mak aku tak berapa sihat sekarang ni..doakan kesihatan mak2 kita semua baik2 ye kawan2...



Semua ni buat aku makin sayu.......

p/s : aku tak pasti tapi apa yang baca, tanda2 awal kiamat adalah masa semakin cepat berlalu....kalau aku silap betulkan..terima kasih

1 comment:

kAseh Abdul Aziz said...

trime kasih kerana sayu memikirkan sy...
hahahaha

"kawan"??? oohh....rindu ek? sbr2..xsgka abg helmi ade jgk prsaan mcm 2. hik3. nnt time k0nvo bleh jmpe. ajak sy skali.
=P