30 July 2009

SEPERTI DULU..TAK BANYAK BERUBAH...

Alhamdulillah..
Panjang dan banyak pengalaman yang nak dikongsi disini..tapi aku taip setakat mana yang mampu..

Kalau nak diikutkan, aku agak suka dengan kehidupan yang sibuk(mungkin disebabkan belum berkomitmen sepenuhnya) dimana aku mempunyai cita2@harapan@impian dalam bidang pendidikan ni..

Sebab tu life semasa di kampus UPSI memang agak padat dipenuhi dengan aktiviti2 kepimpinan yang sedikit sebanyak bagi aku pengalaman terutama dalam meningkatkan tahap keyakinan diri. Yakin diri sangat penting bagi aku sekarang ini sebab aku berhadapan dengan pelajar2 yang hampir sebaya dengan aku (ada diantara mereka dah tau umur aku)..

Mengajar pelajar diploma sangat2 memerlukan keyakinan diri yang tinggi kerana banyak persoalan yg lebih diluar jangkaan yang akan mereka lontarkan berbanding dengan pelajar sekolah..banyak yang menuntut supaya aku sentiasa yakin, bersedia dan mampu untuk meng"auta" walaupun aku tak berapa tahu persoalan yang mereka lontarkan.

Jadi, berbekalkan pengalaman yang ada, aku sangat2 bersyukur kerana diberi peluang untuk aktif semasa dikampus dulu sebab pengalaman2 itulah yang menjadi panduan untuk aku sekarang ni..sebab itu aku kaitkan dengan kehidupan sekarang ni agak sibuk, tiada beza semasa di kampus dan sewaktu praktikal dulu sebab kali ni aku perlu lebih banyak membaca, menyediakan soalan, kuiz, tutorial, ujian dan seterusnya melengkap segala profil mengajar untuk dipersembahkan kepada pihak UiTM kelak(twin program Uniti-UiTM).

Ada kawan2 bertanya adakah aku mahu kekal disini ataupun mahu menjadi cikgu sekolah?
Jujurnya, aku suka mengajar disini, mengajar pelajar2 yang agak matang, berkongsi pendapat secara ilmiah, bercakap banyak, bebas mengatur kelas dan banyak lagi kemudahan@keseronokan lain yang aku dapat disini tapi mengajar di sekolah juga memang minat aku yang asal..aku suka mengajar kedua2 tempat yang berbeza ni dan apa keputusan aku kelak??




.....bergantung pada gaji dan elaun...hahahahahahahaha...peace!


p/s : aku mengajar dengan ikhlas dan sepenuh hati tapi aku memerlukan lebihan duit juga..sekian..


No comments: