12 July 2009

MULA SEMULA

Disebabkan ada masalah dengan template, aku terpaksa padam semua post yang lepas. Belum lagi dalam mood nak menaip tapi aku cuba taip seberapa banyak yang boleh berdasarkan beberapa peristiwa sepanjang minggu ni...

PPSMI
Bagi aku, PPSMI mengajar aku tentang usaha@effort seorang guru dalam mengajar@mendidik para pelajarnya. Walaupun dalam bahasa inggeris, seorang guru yang betul2 berusaha nak beri pemahaman pada pelajarnya, dia akan cuba sedaya yang boleh tak kira samada nak menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya, dwibahasa dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman aku di sekolah dan pusat tusyen, PPSMI memberi pengajaran pada aku supaya sentiasa buat persediaan@tingkatkan usaha apabila mengajar sesuatu yang berkaitan dengan konsep, fakta dan jalan kerja. PPSMI jugalah menyebabkan aku menggunakan bahasa inggeris boleh dikatakan hampir setiap hari. Bila aku fikir balik, bila masanya aku menggunakan bahasa inggeris..dirumah??tak mungkin..dengan kawan2?..lagi tak mungkin (kemungkinan akan dikatakan poyo dan sebagainya--->nak buat macamana dah mentaliti macam tu kan?). Kesimpulannya (bagi aku), aku letakkan semua tanggungjawab ini pada guru sebenarnya dan apa pun..sebagai pelaksana polisi, aku terima segala keputusan pihak pemerintah dengan lapang dada serta hati yang terbuka..


KERJA
Kalau dah namanya rezeki, memang tak kemana. Asalnya lepas praktikal, aku letakkan sebulan masa untuk aku berehat (setelah 5 tahun belajar + matrikulasi). Bulan 5 aku mula mencari apa yang boleh aku buat sementara menunggu majlis graduasi pada bulan 8 nanti. Memang aku dah mengajar tusyen tapi aku seboleh mungkin ingin memenuhkan masa siang aku (sebab tusyen malam + kelas 3 hari je). Aku mulakan dengan memohon guru ganti di PPD, guru sekolah swasta, guru maahad (untuk matematik la bukan ustaz) termasuk la jawatan pensyarah di kolej Uniti Port Dickson(kolej swasta-saje mohon waktu ni sebab syarat dikehendaki sekurang2nya ada ijazah).

Sampai la dah nak masuk bulan 7, satu pun aku tak dapat lagi sehinggalah aku terima panggilan baru2 ni yang mintak aku datang untuk temuduga jawatan pensyarah matematik di Kolej Uniti ni. Nak ikutkan aku terkejut jugak sebab aku dah lupa@tak target langsung sangkut kat kolej ni sebab niat aku memang suka2 nak apply (sebenarnya aku cuba2 buat resume dan nak tengok sangkut tak resume aku ni). Infact, sampai kemalam tu pun, aku masih berkira2 lagi nak pergi ke tak. Tapi mak aku mintak pergi sebab mak cakap sekurang2nya dapat pengalaman interview. Maka dengan persediaan yang biasa2 sahaja, aku pun pergi la keesokannya...

Aku memang tak letak harapan langsung(tak letak harapan konon-turn interview aku pukul 11.30 pagi tapi pukul 10 aku dah tercongok kat situ)...Tapi memang betul aku tak letak harapan sebab aku tau latar belakang akademik aku macamana..(yela, orang tiap2 sem dapat anugerah dekan, aku tiap2 sem dapat anugerah kerani)..Tengok yang datang nampak hebat2 semua dan sedikit sebanyak aku mula pasrah(cehhh!) dan mula fokuskan yang aku datang sini memang semata2 nakkan pengalaman interview...

Agaknya bila rezeki tu dah makin hampir..bila dah dekat2 nak sampai turn aku, aku dimaklumkan aku sorang je yang mintak post di unit matematik..(tiba2 aku nampak sinar2 harapan muncul--ceh lagi!)
Masa interview, bila panel dapat tau aku ada degree pendidikan, mula la soalan2 teori pengajian dia tanya..gagap2 jugaklah jawab tapi aku rasa aku dah buat yang terbaik dah dan sedikit serba salah sebab jawapan2 yang aku beri sedikit mengampu pun ada (hmmm...bila nak dapat sesuatu kan??)
Sinar2 harapan bertambah cemerlang(cehh!) sebab sebelum aku keluar dan nak pegi salam dengan panel, HR dia bisik kat aku jangan off handphone..aku kembali letakkan harapan sampaikan malam tu aku dah mimpi2 dah mengajar dalam lecture hall..(perasan jap..hahahaha)

Esoknya....pukul 3.29 petang waktu tempatan, aku dihubungi oleh pihak uniti mengatakan aku diterima di unit matematik dan diminta lapor diri isnin ni(13 Julai 2009)...perasaan...? entahlah, takut pun ada, seronok pun ada..aku pun tak boleh nak komen apa2..tunggu isnin nanti...Cuma, aku terfikir kalau dah rezeki tak kemana. Yelah, dalam ramai2 tu, boleh aku sorang math...kalau coursemate aku yang lain mintak confirm aku tak dapat sebab diorang ada sijil dekan berlambak2..aku bukan kata dekan, anugerah ketua jabatan pun tak pernah dapat Anugerah kerani memang tiap2 sem la dapat..Apa pun cikgu sekolah kerajaan tetap aku akan pergi sebab elaunnya lagi tinggi.....(hahahahahahaha)

KONVOKENSYEN
Sesi aku pada 13 Ogos 2009 (8.45 pagi)..Jangan lupa junior2 semua...(huhuuuuuuuuuu)

1 comment:

Nurul Akma Bahari said...

sgt sengal ye post anda kali ni..
well2 west, tahniah!! ^_^
len kali kalo menaruh harapan tu, jgn la buat2 tanak ngaku lak,hahaha...