14 September 2009

OFF TO TANJUNG MALIM

Lega...

Debaran yang ditanggung sejak sebulan yang lepas berakhir semalam...

Semalam juga adalah hari yang bersejarah bagi aku...bukan bersejarah apa pun cuma pengalaman pertama kali bercakap dalam jumlah audien yang besar membuatkan aku berdebar bercampur teruja..tambahan bercakap berdasarkan pengalaman dicampur sedikit dengan kata-kata motivasi..

Bukan kata tak biasa bercakap dikhalayak ramai sebab selama ini pun aku memang bertugas dikhalayak ramai cuma kali ini agak berbeza..segala-galanya perlu dilakukan dengan spontan..menceritakan serba sedikit pengalaman praktikal tidak boleh dirancang kerana dikhuatiri apa yang dirancang tak dapat diluahkan..jadi lebih elok segala yang mahu dilontarkan dilakukan dengan spontan..

2 hari di Tanjung Malim memberi sedikit kenangan manis dan mengimbau juga sedikit sebanyak pengalaman semasa belajar di UPSI...

Kehadiran aku di sini adalah atas jemputan junior program Pendidikan Matematik semester 7 bagi memenuhi slot dalam Bengkel Praktikum anjuran mereka..tepatnya memenuhi slot Tika Bakti Disemai dimana aku diminta untuk menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang praktikal di sekolah.. .program yang amat baik, bermanfaat dan sambutannya gah..

Sabtu (12/9/2009) tepat jam 5.45 petang aku tiba di Stesen Bas Tanjung Malim dan terus ke rumah sahabat aku yang menyambung pengajian peringkat Sarjana di UPSI..memang sudah niat aku untuk belanja sahabat-sahabat yang ber"Sarjana" ini berbuka puasa....

Seterusnya, selepas selesai solat tarawikh sekali lagi duit aku diuji..hahahahaha...kali ini giliran bekas "anak-anak buah" yang sama-sama menjawat jawatan di kolej kediaman dahulu..niat asalnya ingin minum sahaja tapi setelah diasak berkali-kali, aku tunaikan permintaan mereka untuk makan sekali..kopak lagi duit aku..(hahahahahaha-aku ikhlas..sekali-sekala berkongsi rezeki)..

Rasanya dalam kedai makan tu. memang kumpulan kami paling bising dan meriah..biasalah aku dapat "anak-anak buah" yang jenis bising dan banyak mulut...hehehehe..selesai bersama mereka aku terus ke rumah salah seorang staf HEP UPSI yang menganjurkan majlis makan-makan...atau lebih tepat majlis anjuran "Che Kiah"..(bagi siapa yang tahu)..sekali lagi memang riuh di rumah ini dengan hilai tawa yang mengilai-ngilai itu..(hahahahaha)..juadah sangat banyak dan sedap..terima kasih pada En Halim, Puan Yati dan Kak Zura...

Sebelum balik, aku sempat singgah ke rumah mantan pengetua kolej kediaman tempat aku tinggal dulu untuk sama-sama join buat kuih raya..(tapi aku tengok jela)...tak lama aku di rumah puan pengetua sebab aku dapat satu mesej dari junior aku sem 7...

Msg :"abg emi..mee goreng mamak satu..teh ais 4...."

Mentang-mentang aku dah kerja..semua pakat kirim..hahahaha..tapi takpe memang dah janji pun dengan junior-junior ni sebab masa konvo aku tempohari, tak sempat pun berjumpa dengan mereka yang juga merupakan "bekas anak-anak buah" semasa aku di semester 3...

Sebelum balik kerumah..sekali lagi aku "ngeteh" dengan Afifi di kedai mamak..minum-minum sambil borak-borak dan dalam pukul 2 pagi baru bertolak balik ke rumah..sampai di rumah..mata tak mahu lelap..apa lagi..sambung borak lah..pukul 3 lebih baru tidur rasanya..

Memang penuh jadual bertemu kawan-kawan di UPSI tapi sebenarnya dalam erti kata lain aku nak sembunyikan debaran menjelang esok hari...

Makanya....
Hari yang dinanti pun tiba...
Sampai sahaja di Auditorium UPSI..memang gah sambutannya,sangat bagus programnya....tahniah pada pihak penganjur dan aku lega sebab sekurang-kurangnya aku berjaya cabar diri untuk menyertai program sebegitu..sekurang-kurangnya juga, aku boleh rekodkan pengalaman ini dalam resume aku kelak..apa pun aku tetap risau mengenangkan adakah aku banyak membantu atau tak?adakah sampai apa yang aku cuba sampaikan atau tak?..harapannya semoga dengan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman semasa menjalankan praktikal dulu boleh dijadikan panduan sedikit buat mereka apabila berpraktikal tahun depan..apa pun ini pengalaman pertama aku dan segala salah silap aku mohon maaf pada mereka..aku pun masih dalam peringkat belajar dan sangat-sangat dahagakan teguran membina untuk aku merencana haluan dalam bidang pendidikan ini..

Terima kasih pada pengalaman yang diberi..terima kasih semua...


p/s 1 : ada rezeki boleh belanja lagi..sama-sama doa rezeki masing-masing murah..aku dalam perancangan membuat sesuatu yang mungkin bermanfaat bagi yang betul-betul berminat..sama-sama doakan...

p/s 2 :bagi yang kenal aku, mereka tahu aku ada satu habit yang tak boleh dibuang semasa bercakap dikhalayak iaitu menggaru-garu dahi..habit ini sedikit sebanyak mengurangkan debaran aku semasa bercakap...

p/s 3 : masih menunggu gambar-gambar yang berkenaan untuk di'upload'...

p/s 4 : terima kasih pada Afifi yang sudi sponsor penginapan dan motor..hehe



1 comment:

Syahir Mohamad said...

Salam..
aku setuju dgn bab berkongsi2 tu..hahah. bila free2 datanglah lagi sini.. belanja makn lagi..