14 August 2009

KENANGAN YANG TAK AKAN KEMBALI



Aku bukanlah antara orang yang bersedih bilamana kematian orang2 tertentu khususnya dalam bidang seni. Mungkin sebab aku tak berada dekat dengan mereka dan mereka juga tiada kaitan dengan aku..

Aku tak terkesan dengan kematian Yasmin Ahmad tapi masih simpati terhadap apa yang berlaku..
Tak terkesan dengan kehilangan Micheal Jackson...

Farah Fawcett...

Khairil Kamis...

Cuma apabila dapat tahu berkenaan dengan Ustaz Asri meninggal dunia semalam, tu pun melalui status YM kawan2..aku tiba2 rasa sebak...ntah..susah nak cakap pasal rasa ni..sebab aku pun memang tak rapat langsung dengan Ustaz Asri semasa hayatnya dan dia pun memang tak kenal aku..

Jujurnya,aku bukanlah peminat tegar genre nasyid tapi aku memang minat lagu2 nyanyian kumpulan Rabbani..untuk pengetahuan, aku pernah menyanyi lagu Pergi Tak Kembali semasa aku di tingkatan dua sewaktu perkhemahan PBSM sekolah aku..waktu tu kumpulan kami diminta untuk membuat persembahan dan sudah tentu lagu2 yang kami ingat yang kami akan persembahkan...

Kali pertama berjumpa Ustaz Asri dan Kumpulan Rabbani secara berdepan semasa Kumpulan Rabbani dijemput mengadakan persembahan sewaktu Karnival Hari Terbuka Kolej Kediaman aku kali pertama pada tahun 2006..pada tahun berikutnya juga..kumpulan Rabbani dijemput sekali lagi untuk membuat persembahan di kolej kediaman aku...kali ketiga aku berjumpa dengan Ustaz Asri secara berdepan dan sempat ambil gambar(diatas) adalah semasa Ustaz Asri dijemput menjadi juri Pertandingan Nasyid UPSI sempena minggu Mawaddah anjuran MPP UPSI waktu itu..

Kali terakhir aku berjumpa dan melihat persembahan Kumpulan Rabbani sewaktu majlis berbuka puasa yang ditaja oleh Mr Liew (pemilik kolej kediaman swasta di UPSI) di Hotel Istana (ke Hotel Singgahsana...lupe dah)..pada tahun 2007..

Kenapa aku sebak?aku jamin memang ramai yang terasa kehilangan Ustaz Asri..kenapa??Sebab Ustaz Asri sangat dekat dihati..azan di tv kebanyakkannya adalah alunan suara Ustaz Asri..Takbir Hari Raya juga amat merdu dialunkan Ustaz Asri.....



Alfatihah buat Ustaz Asri....


p/s 1 : teringat sewaktu Ustaz Fauzi dan Rijal nyanyi lagi Intifida masa kursus timbang tara JMK tahun lepas di Pulau Pangkor..Suara Ustaz Fauzi mirip suara Ustaz Asri..

p/s 2 : Betul ke orang2 baik dan beriman akan dijemput Allah lebih awal sebab nak hindarkan diri dari maksiat2 dunia yang semakin rakus saban hari...??wallahualam..

p/s 3 : tarikh Ustaz Asri pergi sama dengan tarikh sewaktu aku sedang meraikan kegembiraan berkonvo...hmmmm...13 Ogos 2009..akan aku kenang sampai bila2...

1 comment:

aien said...

mie sgt kurus dlm gamba itu..ehehe