Melaka banyak tempat menarik yang kita boleh pergi sama ada percuma mahupun berbayar. Cuti sekolah ni kami manfaatkan berjalan sekitar Melaka. Tak penat dan dekat. Jimat!hahaha..
Melaka Wonderland,Ayer Keroh
Kami pergi 21 Disember (Rabu). Yang bestnya pergi masa cuti sekolah tapi bukan hujung minggu. Kalau hujung minggu sesak oi! Nak datang Melaka, kena pandai set masa. Silap set, masaklah kau makan roti bersapukan jem.hahaha!
|
Pakcu pun join skali |
|
Mama happy sebab baru selesai menanda 300 lebih skrip SPM. Masak! |
|
Hafiy masih takut-takut lagi tapi lama-lama dia yang over.hahaha |
|
Nadia macam biasala sangat berani. Nasib ada Pakcu dengan Cik Jai melayan |
Dah selesai mandi kita terus bergerak ke Aeon Melaka untuk makan dan tengok cerita ni...
|
Best! Anak-anak enjoy tengok movie ni.. |
Wildlife Theater Melaka, Bandar Melaka (Landmark Masjid Selat Melaka).
Pagi 24 Disember 2016 (Sabtu) kita mulakan tour kita ke sini dulu. Nak elakkan sesak kat Bandar Melaka ni, kena gerak awal pagi. Senang dapat parking dan sebagainya. Wildlife theater ni lebih kepada pertunjukan singa laut (sealion). Ada 3 show sempena cuti sekolah ni...pukul 8.30 pagi, 2.30 petang dan 5.00 petang. Kalau bukan cuti sekolah, 2 kali show sahaja. 8.30 pagi dan 5.00 petang. sangat best! Anak-anak sangat seronok.
|
We are ready! |
|
Sufi sepupu Nadia & Hafiy pun join sekali |
|
Aktiviti selingan :Pegang cicak lidah biru! Hafiy berani!..hahaha |
|
Nak bagi Hafiy pegang ular, mama tak bagi..hehe..Nadia masa ni dah cabut dah..haha |
|
Hebat trainer yang melatih. Syabas trainer! |
Makan tengahari kami makan di Hotel Holiday Inn, Melaka. Tak jauh dari Wildlife Theater ni. Kena tempah awal kalau nak makan di sini.
|
Dessert yummehh |
|
Kenyang perut senang hati! |
Ahad (25 Disember 2016) - Melaka Bird Park, Ayer Keroh.
Ini kali kedua kami berkunjung ke sini. Kali pertama kami pergi semasa cuti sekolah bulan september yang lalu. Masa pergi kali pertama, kami agak rugi sebab beli makanan burung dengan harga yang agak mahal. 3 bekas kecil RM 10. Kali kedua pergi ni, dah standby kuaci siap-siap. Harga baru RM 2.40.hahaha..
|
Nadia kalau tak melaram tak sah..hahaha |
|
Hafiy pun berani jugak |
|
Kesian merak ni..hahaha |
|
Nadia memang berani..papa pun takut..takut kena patuk..hahahaha |
Nanti kita jalan-jalan tempat lain sekitar Melaka ni. Banyak lagi tak jalan kat Melaka ni.